Thursday, 5 February 2015

prosedur penjawat awam ke luar negara atas urusan persendirian

السلام عليكم

hai.

kalau crita bab-bab cuti sape tak happy kan? best je berangan pegi oversea especially pulau-pulau. aku sebenarnya fobia dengan air dan kelajuan bot. walaupun mengenangkan azab yang "sekejap" je yang aku kena tempuh..dalam sejam dua jam "je" kat dalam bot tu, aku gigih jugak pasang angan-angan nak pegi mana-mana pulau kat Malaysia atau luar negara. pegi pulau bukan diving pom, setakat snorkeling di pinggir bot je hahahaha!

yang lecehnya skit nak ke luar negara bagi penjawat awam, ada certain peraturan atau prosedur ke luar negara (atas urusan peribadi) yang perlu kena ikut. tapi bila dipikir smula, leceh tak leceh prosedur tu untuk kebaikan penjawat awam tu jugak sebenarnya. kalau yang kerja swasta senang je just perlu apply cuti je kot.

rasanya macam ramai jugak la penjawat awam yang amik sambil lewa je bab nak isi borang, insurans bendalah ni semua ye la macam.. "ala leceh la nak mintak kebenaran dengan ketua jabatan pulak tu"..dalam kepala maybe "ala benda tak dirancang setakat nak pegi sempadan di hujung minggu..leceh la. ala takde benda buruk yang akan jadi la" . mana la tau masa kita pegi tu ada perkara buruk yang jadi nauzubillahiminzalik la kannn..tapi malang tak berbau kan? ada seniors kat ofis aku bagitau kalau in case jadi apa-apa kat luar negara tapi kau tak ikut prosedur yang dah ditetapkan..boleh jadi pencen ke ganti rugi ke benefits kau sebagai penjawat awam kau takkan dapat..yedop? huhu

ok bagi penjawat awam, perlu ----- 

-- satu : apply cuti (of course la kan), 

-- dua : perlu isi Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian (boleh refer Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2012). kat borang tu perlu dapat kelulusan Ketua Jabatan. kau perlu declare keupayaan kewangan dan tidak dibiayai oleh mana-mana individu atau syarikat yang berkepentingan la kan, kau perlu nyatakan nak ke mana atas urusan apa benda kau ke sana dan jugak tempoh lawatan.

-- tiga : perlu apply insurans perjalanan. bab ni boleh refer Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2004 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2012. Insurans ni hanya boleh digunakan untuk sekali perjalanan/trip sahaja dengan tempoh perjalanan tidak melebihi 31 hari. Maksudnya insurans hanya boleh dipohon sekali je setahun. kalau misal contoh untuk trip yang seterusnya kenalah beli sendiri. Kalau untuk trip yang berisiko yang melibatkan aktiviti macam hiking ke diving ke masuk hutan atau gua ke, aku rasa elok la guna insurans free ni. so pepandai la memanfaatkan peluang yang ada hehe. oh ye dan satu lagi kalau lah in case cancel trip ke trip tukar tarikh ke, perlu dimaklumkan ke admin masing-masing ye..perlu isi borang pembatalan atau tukar tarikh insurans.

rasanya tu je kot prosedur yang penjawat awam perlu patuh..kalau ada tolong bagitau aku ye ;)

dan last sekali untuk pengetahuan, pekeliling dan surat pekeliling kerajaan ni selalu berubah-ubah ye (in case kalau ada yang tak tau huhu).. so kena la selalu check di website berkaitan untuk tengok updates pekeliling dan surat pekeliling yang terkini. kalau untuk surat pekeliling am boleh rujuk website Jabatan Perdana Menteri dan kalau untuk pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan boleh refer website Jabatan Perkhidmatan Awam.

tu je kot. ok bye!

No comments:

Post a Comment