Thursday, 5 February 2015

prosedur penjawat awam ke luar negara atas urusan persendirian

السلام عليكم

hai.

kalau crita bab-bab cuti sape tak happy kan? best je berangan pegi oversea especially pulau-pulau. aku sebenarnya fobia dengan air dan kelajuan bot. walaupun mengenangkan azab yang "sekejap" je yang aku kena tempuh..dalam sejam dua jam "je" kat dalam bot tu, aku gigih jugak pasang angan-angan nak pegi mana-mana pulau kat Malaysia atau luar negara. pegi pulau bukan diving pom, setakat snorkeling di pinggir bot je hahahaha!

yang lecehnya skit nak ke luar negara bagi penjawat awam, ada certain peraturan atau prosedur ke luar negara (atas urusan peribadi) yang perlu kena ikut. tapi bila dipikir smula, leceh tak leceh prosedur tu untuk kebaikan penjawat awam tu jugak sebenarnya. kalau yang kerja swasta senang je just perlu apply cuti je kot.

rasanya macam ramai jugak la penjawat awam yang amik sambil lewa je bab nak isi borang, insurans bendalah ni semua ye la macam.. "ala leceh la nak mintak kebenaran dengan ketua jabatan pulak tu"..dalam kepala maybe "ala benda tak dirancang setakat nak pegi sempadan di hujung minggu..leceh la. ala takde benda buruk yang akan jadi la" . mana la tau masa kita pegi tu ada perkara buruk yang jadi nauzubillahiminzalik la kannn..tapi malang tak berbau kan? ada seniors kat ofis aku bagitau kalau in case jadi apa-apa kat luar negara tapi kau tak ikut prosedur yang dah ditetapkan..boleh jadi pencen ke ganti rugi ke benefits kau sebagai penjawat awam kau takkan dapat..yedop? huhu

ok bagi penjawat awam, perlu ----- 

-- satu : apply cuti (of course la kan), 

-- dua : perlu isi Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian (boleh refer Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2012). kat borang tu perlu dapat kelulusan Ketua Jabatan. kau perlu declare keupayaan kewangan dan tidak dibiayai oleh mana-mana individu atau syarikat yang berkepentingan la kan, kau perlu nyatakan nak ke mana atas urusan apa benda kau ke sana dan jugak tempoh lawatan.

-- tiga : perlu apply insurans perjalanan. bab ni boleh refer Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2004 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2012. Insurans ni hanya boleh digunakan untuk sekali perjalanan/trip sahaja dengan tempoh perjalanan tidak melebihi 31 hari. Maksudnya insurans hanya boleh dipohon sekali je setahun. kalau misal contoh untuk trip yang seterusnya kenalah beli sendiri. Kalau untuk trip yang berisiko yang melibatkan aktiviti macam hiking ke diving ke masuk hutan atau gua ke, aku rasa elok la guna insurans free ni. so pepandai la memanfaatkan peluang yang ada hehe. oh ye dan satu lagi kalau lah in case cancel trip ke trip tukar tarikh ke, perlu dimaklumkan ke admin masing-masing ye..perlu isi borang pembatalan atau tukar tarikh insurans.

rasanya tu je kot prosedur yang penjawat awam perlu patuh..kalau ada tolong bagitau aku ye ;)

dan last sekali untuk pengetahuan, pekeliling dan surat pekeliling kerajaan ni selalu berubah-ubah ye (in case kalau ada yang tak tau huhu).. so kena la selalu check di website berkaitan untuk tengok updates pekeliling dan surat pekeliling yang terkini. kalau untuk surat pekeliling am boleh rujuk website Jabatan Perdana Menteri dan kalau untuk pekeliling perkhidmatan dan surat pekeliling perkhidmatan boleh refer website Jabatan Perkhidmatan Awam.

tu je kot. ok bye!

Wednesday, 4 February 2015

bad day

السلام عليكم

hai.

semalam hari teruk bagi aku. takde la teruk sangat. tapi tahap yang sampai boleh menangis la wehh.

semalam aku bajet-bajet nak stay lama sikit kat ofis sebab tak tahan nak mengadap jem yang macam apa. tambah pulak hujan. so drag la sampai ke kul 5 setengah. bila sampai kat parking, memang dah lengang la. ramai yang dah balik. aku perati je kenapa tayar kereta macam flat gila takde angin langsung. pergggh dalam banyak-banyak hari, hari laa kereta ni nak buat hal T..T

aku tak tau nak mitak tolong sesape. dalam kepala aku, takde orang lain "call family". dah last resort! tapi family aku takde sorang je yang boleh tukar tayar. hari makin gelap, takde sesape kat ofis yang boleh tolong. tunggu hampir sejam, sepupu aku datang ngan member dia. tak lama lepas tu adik aku sampai.

si member pom bersilat jugak la nak tukar tayar. semuanya amatur. adoi! bersilat bersilat bersama-sama akhirnya setel. nasib baik ada diaorang kalu tak aku dah pasang niat nk tunggu je teksi yang entah ada ke idok time tu. tapi yang sadisnya lagi..tayar spare pom flat jugak weh takde angin. member nak bagi pinjam tayar spare tapi saiz tak ngam la pulak. nak tak nak pasang je tayar spare yang flat tu dan bertahan sampai ke petrol station berdekatan.

sampai kat petrol station tetiba aku blank blur cam mana nak isi angin ni weh. padahal selalu je aku isi. blank berapa pressure nak letak untuk tayar spare? macam mana nak tau dah penuh ke belom angin nye? pam tu ok ke rosak? tetiba rasa macam tak best je. ada yang dok perati. aku macam dah cuak la "apa hal mamat dua orang ni perati je dari jauh?" ye la sekarang ni kan macam-macam kes yang jadi. ragut la samun la rompak la..isk! nak-nak pulak time tu aku sorang je. sebab tu aku macam dah terbiasa kalau ke mana-mana aku standby je terus lock kereta. seram weh. tapi alhamdulillah ada dua hamba Allah niat nak tolong. may be diaorang nampak aku macam terkulat-kulat je blank..so diaorang tanye reti ke idok. hahaha siap tolong pam kan angin dan bagi tips lagi cam mana nak handle tayar spare. alhamdulillahhh! terima kasih terima kasih.

sampai umah hampir magrib. rasa mcam nak demam je.

banyak sebenarnya yang aku belajar dari bad day aku hari ni. satu nya kena belajar macam mana nak tukar tayar kereta. yang ni dah lama aku pasang niat nak belajar tapi tu la siapa nak ajar, kat mana nak belajar. tayar spare kena make sure selalu ada angin! perkakas untuk tukar tayar kena la completeyang keduanya, aku takkan stay lelama lagi kat ofis. jadinya lagi kes macam hari ni tak ke nanya aku? dan last sekali, sebenarnya kat muka bumi ni ada lagi hamba Allah yang baik hati tolong orang dalam kesusahan. tak semua suka amik kesempatan..yedop?

ok. bye!